KEKUATAN

KEKUATAN ALAT BERFIKIR 

  • PENYAMPAIAN MAKLUMAT PEMBELAJARAN SECARA EFEKTIF


Alat berfikir berfungsi sebagai suatu medium untuk menyampaikan maklumat secara efektif. Ini adalah kerana alat berfikir mempunyai paparan yang menarik dan juga kombinasi warna berlainan yang dapat mempercepatkan proses pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep yang ingin disampaikan oleh guru dengan berkesan. Perkara ini dapat menarik perhatian para pelajar supaya mereka lebih fokus dan dapat menepati objektif pembelajaran dengan sempurna. 

  • TEKNIK PEMBELAJARAN YANG BERGUNA

Alat berfikir dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih bersemangat dan entusiastik. Ini adalah kerana dengan penggunaan alat berfikir, kunci digunakan dan memberikan cabang-cabang pemahaman yang ringkas dan maksud yang lebih mudah. Dengan alat berfikir juga, para pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dan mengimbas kembali apa yang dipelajari dengan serta merta dan mudah sekali. Ini adalah kerana para pelajar tidak perlu membaca atau merujuk kembali kepada teks atau nota yang panjang dalam buku-buku pelajaran. 


  •  PENINGKATAN PRESTASI DALAM PELBAGAI ASPEK YANG POSITIF

Penggunaan alat berfikir dengan cara dan teknik yang betul dapat memberi banyak kesan yang positif kepada kita. Kajian telah menunjukkan bahawa pentafsiran mesej tidak terlalu sukar dan tidak membosankan pelajar jika dibandingkan dengan teks yang sekata dalam bahan bacaan atau bahan bantu mengajar. Penggunaan alat berfikir dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran, murid dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan alat berfikir.


Comments

Popular posts from this blog

Selamat Datang Ke Blog Saya