KELEMAHAN
KELEMAHAN ALAT BERFIKIR
- PEMIKIRAN MENJADI DIVERGEN
Apabila seseorang banyak menggunakan alat berfikir, pemikiran mereka akan mula menjadi divergen dan mudah membentuk cabang-cabang yang luas. Perkara ini akan menyebabkan seseorang itu kurang fokus kepada satu masalah.
- SUKAR DIFAHAMI OLEH SESETENGAH ORANG
Apabila seseorang itu menggunakan alat berfikir dengan banyak kata kunci atau perkataan ringkas (shortform), hanya orang yang mencipta peta pemikiran tersebut akan memahami apa yang ditulis. Perkara ini meyukarkan orang lain untuk memahami apa yang ditulis atau dimaksudkan oleh pencipta peta pemikiran tersebut.
- TIDAK SESUAI UNTUK NOTA PANJANG
Pengguaan alat berfikir tidak sesuai untuk nota yang panjang kerana kebanyakkan alat berfikir seperti peta minda, grafik ataupun pemetaan i-think menggunakan perkataan singkatan sahaja. Ini menyebabkan nota penting yang tidak lengkap dan tidak mempunyai huraian yang jelas.
Comments
Post a Comment